Click here for Myspace Layouts

Pembaca Setia ^^

Monday, 30 July 2012

Doa buat muslimah..

Assalamualaikum...
mls nk ckp byk..
jom doa.. buat muslimah je,k.. :)
doakan senjata mukmin.. rajin2 la berdoa ye.. :)

Bismillahirrahmanirrahim..


Ya Rabbi,

Aku berdoa untuk seorang pria, yang akan menjadi sebahagian dari hidupku. Seorang pria yang sungguh mencintaiMU lebih dari segala sesuatu.

Seorang pria yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau. Seorang pria yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMU.

Seorang pria yang mempunyai sebuah hati yang sungguh mencintai dan haus akan kasih syg Engkau dan memiliki keinginan untuk meneladani sifat-sifat AgungMu.

Seorang pria yang mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia. Seorang pria yang memiliki hati yang bijak bukan hanya sekedar otak yang cerdas.

Seorang pria yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormati aku.Seorang pria yang tidak hanya memujaku tetapi dapat juga menasihati ketika aku khilaf.
Seorang pria yang mencintaiku bukan karena kecantikanku tetapi karena hatiku.

Seorang pria yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi. Seorang pria yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika berada disebelahnya.

Seorang pria yang memerlukankan doronganku sebagai peneguhnya. Seorang pria yang memerlukankan doaku untuk kehidupannya.

Seorang pria yang membutuhkan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya. Seorang pria yang membutuhkan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna.

Dan aku juga meminta :

Buatlah aku menjadi seorang perempuan yang dapat membuat pria itu bangga. Berikan aku sebuah hati yang sungguh mencintaiMU, sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMU, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku.

Berikanlah SifatMU yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMU bukan dari luar diriku. Berilah aku tanganMU sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya.

Berikanlah aku penglihatanMU sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya dan bukan hal buruk saja.
Berikan aku mulutMU yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaanMU dan pemberi semangat, sehingga aku dapat memberi sokongan dan semangat untuk dirinya setiap hari, dan aku dapat tersenyum padanya setiap pagi.

Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakaan “Betapa besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna”

Aku mengetahui bahwa Engkau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Kautentukan.

aaamiinnnnnnnnnnnnn.. :)













A real man or just a boy??


Assalamualaikum,,.. ternampak post kt fb psl nie.. so nk share la kt cni..:)
sharing is caring.. ^^,




1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.


i wanna add smthg here..
for me, lelaki sejati bkn jz yg ada ciri2 seperti yg kt ats ni,..
lelaki sejati.. ms couple dia xkn snth psgn dia.. ye la, yg sweet2 biarlah bila da halal nnt.. 
lelaki sejati bkn setakat jnji je nk mengahwini pasangan dia ms tgh couple (slu berlaku, most of the time, dis thing is a fake promise) klw btul la syg kt psgn couple andA, pinang la trs,k.. klw btul ko llaki.. bkn buaya.. o tupai... :p  if u knw wat i meant...
n last, lelaki sejati..sggp terima psgnny dengan ati yg tbuka.. buruk baek psgnnya, dia ttp hrgainya dan aggp dia sbg permaisuri hatinya,, yg sggp mndidik dia kembali ke jln yg bnr, bkn mnyesatkn lg si dia..bg si lelaki sejati, ms lmpau di dia bkn lah halangan untuk dia ttp bsama dgn si dia.. 


WOOWWWWW!! aq ke yg taip tu??? (smbnyi dlam selimut)


that's all dat i want to share wif u..
jom, nikah khitbah.. :) halakan yg haram, elak maksiat.. :)
haaa.. klw da tak "tahan" g nikah je.. :D
tp biar la abes bljr dlu...
tapiiiiiiiiiiiiiiiii.. klw da smpi seru, jmpa tok kadi.. ok kawan2??

p/s: bila la org nk pnang aq nie.. 

wassalam..

Sunday, 15 July 2012

Kelebihan Bulan Rejab

Assalamualaikum saudaran saudari ckiboom ckibooom.. (terlebih sudah)
ari ni, sy laungkan ari ahd sy dgn blogwalking kt bolg saudara kta ni, blog PERMATA SAKURA..
alhamdulillah, blog beliau sgt la bmanfaat buat kita.. that's why sy nk share coretan beliau.. sblm ni pun sy ad shre coretan2 beliau.. klw anda perasaan, d latest post sy, kbykn ny sy dpt dr blog beliau... sdra kita ni dok kt Jepun.. wpun jauh, tp agama Islam ttp mnjadi junjunganNya.. Alhamdulillah...
n dis post is mainly about Bulan Rejab.. 
ni sdikit sebanyak yg sy ley share kt korg.. 



Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda: 
"Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT. 
Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rejab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT. 
Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal. 
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rejab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam. 
Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rejab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya. 
Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rejab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT. 
Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya." 
Sabda Rasulullah SAW: "Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" 
Berkata Jibril as: "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab." 
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita: 
"Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?" 
Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka." 
Sabda Rasulullah SAW lagi: "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur." 
Tsauban bertanya: "Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?" 
Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun." 

"Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka." 


KELEBIHAN BULAN REJAB 
Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab: 
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat. 
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku. 
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya. 
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. 
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan). 
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka. 
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga. 
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan). 
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga. 
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu: 
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu. 
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal. 
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat. 
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya. 
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.



Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya'ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku." 


so, apa salahny kita berpuasa pd bulan rejab.. sehari pn xp,syg2 ku sekalian.. pd yg belum posa tu, jom, isnin ni kta posa sunat.. :)
xlme lg posa kn.. tkt xsmpt plak nk bposa sunat bln rejab.. :)
n plh la stu hari untuk kta bjaga mlm n wat  ibdt mlm plak... mlm ni pn bole!! peace *_*


p/s: ikhlaskan sesuatu ibdat itu dan niat krn Allah, bkn sbb nk srh org laen pji kta. riak nmany.. 


aaaamiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnnnnnn...

Mimpi Rasulullah..

Assalamualaikum..:)
korang mmpi ap ari ni? hmm.. i mmpi elaun kua mgu dpn..arap2..doa2kn ye, kwn2.. ari ni nk shre pasal mimpi Rasulullah.. semoga bermanfaat buat kita semua..... 


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan...

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri didalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUh-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.



melalui mmpi Baginda, dapat kita simpulkan (wah!) bhw.

  • KETAATAN DAN KEPATUHAN KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
  • WUDUK YANG SEMPURNA
  • ZIKIR YANG IKHLAS
  • SOLAT YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK2
  • PUASA YANG IKHLAS
  • MANDI JUNUB DENGAN RUKUN
  • HAJI DAN UMRAH DENGAN IKHLAS
  • SIFAT SILATURRAHIM DAN TIDAK SUKA BERMUSUH2
  • SEDEKAH YANG IKHLAS
perkara2 ni la yg mbantu kita kt akhrt kelak, so, moral of d story, apa2 pn kita wat, kita lakukan dengan ikhlas,k.. :) semoga kita bhgia di dunia dan di akhirat, insyaAllah.. :)

Saturday, 14 July 2012

my classmate!!

assalamualaikum..

well, mls nk ckp pnjg..
wanna share about my classmte..ehehe. the one who used to wait for me and owez lmbt g kuliah.. :p
dia ni lmah lmbut (nk muntah!! ahaha) n msk ip sthn awl dr org2 yg ptt msk ip. hmm.. untung la kan...
n she loves to make muka seposen.. salu sgt, smtms tnsn jgk, sbb lmpi sgt..(jgn marah!)
n budak lagi ni..:D

one more thing dat she loves to do, especially, when we were late for our lecture,
exactly wat she used to do and said, "U GO FIRST"!! lol
and i was, hmmm. sabo je la ...

wnna tke a look for her pic? ok, fine, seems like u r eager to see.. 
budak ni nma ny merah..  jz call her, SITI.. :p
haa.. tu la merah.. sabahan,,. yg slu lampi tu, dia la.. ;D guro ye,dik.. (adik???err, nk muntah!haha)

the best part is, she is cool.. yeah, she's cool.. wat pape kje pn, cool jak baa.. mka sposen n wt slmber as if nthg hppen.. 
klw tnya, kje da siap ke blom, slmber je ckp "blom"
ingtkn da siap, relax jk upany koh.. he~ dia la merah, yg jarang mengarah, xsuka mengalah, kekadang kesawanan teserlah.. heee..

merah n ehemm! sayew !haha>menyampah<
tu je la gmbr dia..hahaa.. dia ni kan xska ambk gmbr( konon)
xlaa,, just mls nk upload byk2.. ckp la u knw who is she,k...
kwan sperjuangan.. yg byk bjuang, FISABILILLAH!!waahh.. -.-''
and sy hrp u'll be my forever till JANNAH,,insyaAllah..
n insyaAllah, akan kekal smpi bila2. xnk musuh2.. :)
n my doa for her, mira ros, azie, kwn2 lama..:) n also untuk kwn yg myb dh xaggp sy ni sbg kwn dorg..

Doa untuk sahabat...
Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah… 
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya. 

Ya Allah… 
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya. 

Ya Allah… 
Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku. 

Ya Allah… 
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang. 

Ya Allah… 
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang. 

Ya Allah… 
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu. 

Ya Allah… 
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu. 

Ya Allah… 
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya. 

Ya Allah… 
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku. 

Ya Allah… 
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya. 

Ya Allah… 
Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu. 

Ya Allah… 
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai. 

Ya Allah… 
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agung. (via kembaramujtahid.blogspot.com)


n, im so sorry, klw terlanjur tegur, gurau,n so on,k,syg2ku sekalian.. 








Sunday, 8 July 2012

HIDAYAH!

Assalamualaikum.. hidayah itu "hadiah" Allah yg plg bmkna.. hidayah itu PETUNJUK dr Allah..
 myb the sadness that i've gne through today, mkes me realize that, i have to be strong.. STRONG TO CHANGE MYSELF.. to be BETTER AND BETTER.. dat was always be my intention to do so.. but, there will be always something that interfered, like everytime i have set in my mind that I will chnge, but i keep doing the sme thing over and over again..how bad i was.. n hopelly, not i am. UGHHHH!!!

last, i hope that INSYAALLAH, i'll find this kind of rpince charming soon.. ( kalau msh wujud!)



Perempuan : "Aku selalu dipeluk Lelaki lain".Lelaki : "Dan aku adalah Lelaki yang akan memelukmu dengan kasih sayang". 
Perempuan : "You are not my FIRST kiss".Lelaki : "And You are my First Kiss". 
Perempuan : "Ramai Lelaki pernah menyentuh tubuhku".Lelaki itu dengan sabarnya mengatakan: "Yang ingin aku sentuh adalah hatimu". 
Perempuan : "Pernah ada Lelaki yang menganggapku sebagai pelacur".Lelaki itu menatapnya : "Dan aku menganggapmu begitu baik, suci tak dinodai". 
Perempuan itu menangis sambil tersenyum dan berkata: "Aku tak sesuai untuk dicintai oleh Mu !! Aku tak cantik !!". 
Lelaki itu menatap matanya dalam², sambil tersenyum danberkata: "Aku bukan Lelaki yang mencintai kecantikkan mu, tapi yang aku cintai adalah hatimu, sepenuhnya kerana Allah..''

YA ALLAH YA TUHANKU,, PERTEMUKAN KU DGN JODOH YANG BAIK2..YANG MMPU MMBIMBING AQ K JLN YG DREDHAIMU YA ALLAH.. YG MMPU MBAWA AQ KE SYURGAMU YA ALLAH.. YG MMPU BERSABAR DENGAN SEGALA TINDAKNKU . YG MMPU MENJADI IMM YG BAIK BUAT DIRIKU.. DAN YG MMPU MELENGKPI SEGALA KEKURANGANKU.. SESUNGGUHNY ORG YANG BAIK UTK YG BAIK DAN AQ MSH BERUSAHA UTK JD YANG BAEK.. AAMMIIIINNNNNNNNN


im waiting for you patiently.. hmmmm...

Tuesday, 3 July 2012

cERPEN jULai,,

Assalamualaikum... bulan ni bln ap ek? ap? xdgr?? AP??????

ok2..chill.ahahaa.. JULAI ler.. BULAN si cantik manis.. Sape yg cntek sape yg manis?
org bulan julai la!!ehe.. >kidding<

HEI, AWAK, happy belated bday bg yg 17 JUN TU.. soe, lp nk wish.. :p
and selamat HARI KEJADIAN untuk org lahir pada hari ni..!yeahhhhh..
ikhlas dari ati ni..eheee

 xkira la berapa thn anda dh hidup kt dunia yg fana ni (wah!), xkisah la umur anda bpe, YANG PENTING, amalan kita di dunia ni.. SAHAM kita kat akhirat ni, xyah dok kmpl SAHAM KAT DUNIA je.. nnti mati, bawak duit, duit reput, tulang reput, ap yg xreput???
-AMALAN KITA, SEDEKAH JARIAH, ILMU YANG BERMANFAAT.. lg stu ap ek.. haa!! lg satu ap??? laaaa.. xkn xtaw.. bagi yg da b'anak pinak tu, (alahai, sye lmbt lg kot :D) didik anak betul2, biar jadi SOLEH DAN SOLEHAH, nnti ada la jgk yg nk doakan kita nnti... xgitu?
pepatah hari ni,
via pesbukkkk
ahahaa.. betul cakap pak cik karam ni.. xhendak xapa.. kau xsudi, aq seribu kali xsudi..ahaa.. >kidding<
btw, tujuan utama sy updte blog ari ni.ialahhh.. hmmm.. 
ap ek??
jap2.. nk gtaw SATU DUNIA, hari ni DEN XD KELAS!! hebak2..ahaa.. brk lalu ckp mlyu smjg nye pn sy ni .adoii..
JELEZ DOK? DOOH JE la.. koi ad kls jap g.. tp nk m'inpomkan anda, koi, teringin la plak nk wat cerpen, snetron ala na na na da cinta gitu... <---cerita yg xpndi abes.
tp ikut la, klw ad idea, ad msa, ad duit.hahaa.d ktn, ley la sy curahkan bkt sy yg tpendam dr  bgku skolah dlu ( tme tu skolah gne bngku ke,) @ sejak sy dtg dok kt meja ms pom paiffff (5, klw xphm) 
so, NANTIKAN KEMUNCULAN CERPEN CINTA SI PENJUAL KARPET..
dooh je, ilex2..title tu sy xpk pn lg.. jalan crta tu, sy ari tu da mnulis kt minda yg bijak ni, (amboi, riak!! istghfr3)
dah la..penat taip.. jp g da kls.. last but not least, HAPPY JULY!!
sapa yg cntek, spe yg mnis, org lhr BULAN JULAI LERR.. ala2 mak jemah gitu..hehe..
semoga kalian dirahmati Allah.. 
SUBHANALLAH, WALHAMDULILLAH, WALA'ILAHAILLAH, ALLAHUAKBAR..

zikir lazim tu,, tme dok blaja, bosan2, zikir kn best lg.. dpd berpesbuk memanjangkn.. and JANGAn LPA wat SOLAT DHUHA, klw free,k.. 'assalamualaikum, syg2ku sekalian..