Click here for Myspace Layouts

Pembaca Setia ^^

Friday, 19 August 2011

disebalik kata wanita..

assalamualaikum..apa kata wanita?btemu lg dlm slot,Woman's Today..bk kata clssmte my s..mngarut je lebih..ehehee..
ok..women are cmplcted yet unprdctble..agreed n proven!! sbg sowg mpuan,so i'd been go thru dis b4..so i kno la..adoiiii...manglish..haktuiiii!!!kidding  ^^..
meh.bc ttg mpuan ..rhsia d ssebalik snyumn,gelak twa,..  :)




1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang
bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis
di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas
kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya
semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia
benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah
hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta
dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun
ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta
merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi
selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang
sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab
ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat
keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan
diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya
kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka
rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan
isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang
mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan
mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang
dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya
melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak
berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan
dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti
bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,
cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan
lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu
alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak
berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia
menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk
memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang
dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia
akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang
paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan
menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,
benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah
hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di
fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat
teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup
menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang
sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang
berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling
cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat,
jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang
cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang
disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).
Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.
Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang
ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita
pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita
kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
so,kalau da taw mpuan cmnie..phm2 je la..xkn msh xphm lgi..klau xphm..gna google trnslte ke..kamus 1 msia odw nk dtrbitkn. (tipu)
btw,sharing is caring,caring is loving..

No comments: