Click here for Myspace Layouts

Pembaca Setia ^^

Saturday, 23 June 2012

Ditindih jin


Assalamualaikum, saya sengaja ingin bercerita sedikit tentang kejadian yang sering berlaku diantara kita yang ditindih ketika tidur/bangun tidur. Adakah anda pernah lalui kejadian sebegini?. Bagi saya, masyarakat kita sering menganggap bahawa fenomena ini berkait rapat dengan Jin/Syaitan. Kenapa?, mungkin masyarakat kita terlalu berpegang dengan kepercayaan tahyul. Namun begitu, tidak semua individu mempercayai nya. 

p/s: saya pernah mengalami kejadian ini.. ikhlas dr ati.. menakutkn.. :(

Okay, banyak cerita cerita tentang fenomena ni sebenarnya. Contoh yang saya selalu dengar:
* Badan aku kene tindih dengan objek berat, tapi aku tak nampak pun objek tu.
* Aku nak menjerit tapi suara aku tak keluar.
* Badan aku berpeluh peluh masa tu sebab aku nak cuba bangun.
* Aku rasa macam kene himpap dengan lori balak
* Aku cuba untuk bangun hampir 25 minit.
* Malam tadi aku kene tindih kat katil aku, sekarang aku bangun dah ada kat hospital.
* Muka aku warna ungu (pucat)

last, ble da kne, ssh nk tidur blk kan..
n start la nk guna teknik nk tidur..
contohny...
ahahaaa.. ce try!!!



SLEEP PARALYSIS



Adakah benar jin atau syaitan menindih anda ketika tidur?. Saya masih tidak boleh memastikannya. Dalam segi saintifik pula, Fenomena ini dipanggil sebagai "SLEEP PARALYSIS". Sleep Paralysis atau dalam bahasa melayu nya ialah "Paralisis Lumpuh". Ia terjadi apabila kita hendak memasuki ke fasa tidur dan hendak ke fasa bangun tidur. Apabila kita hendak ke fasa tidur, otak kita akan shut down perlahan lahan. Apabila otak kita dah fully shut down, badan juga ikut sama shut down kecuali Jantung (bernafas).




Antara otak dan badan kita, akan wujud Disconnection. Disconnection inilah yang akan menyebabkan Sleep Paralysis. Contoh yang sering dikaitkan dengan Sleep Paralysis ini seperti, ketika tidur dengan lena dan terbangun secara tiba tiba (terjaga). Berbalik kepada Disconnection tadi, otak dan badan akan terkejut. Otak akan lambat menyalurkan signal mengarahkan badan untuk bergerak. Oleh kerana lambat menerima signal dari otak, badan gagal untuk melakukan sebarang pergerakan. Jadi, disinilah terjadinya Sleep Paralysis. Boleh paham?.




Punca Sleep Paralysis ini terjadi mungkin disebabkan, 
* Tidur terlentang dalam masa yang lama. 
* Stress. 
* Jadual yang padat. 
* keletihan yang teramat sangat.
* Tidur dalam keadaan yang salah, dan sering kebas.
* Terjaga dari tidur dan bangun dengan secara tiba tiba.
* Mood yang selalu bertukar.




Sleep Paralysis ini sangat berbahaya. Contoh, ketika kita mengalami sleep paralysis, mungkin kita juga akan diserang oleh "attack panic", iaitu rasa panik yang teramat sangat menyebabkan jantung kita gagal berfungsi dengan baik (asma/sakit jantung), dan selepas itu MATI. Ingat, ada kes mati akibat sleep paralysis ni. Jadi, ketika kita diserang sleep paralysis tolong jangan panik. Kerana itu akan membuatkan umur anda menjadi lebih panjang. haha. 




Jika anda mengadu badan anda sakit, atau ditindih hantu ketika tidur saya cuma kata "kau try baca Al-Fatihah, Selawat ke atas Nabi, Wuduk, lepas tu baca 3Qul, kalau kau ingat Ayat Kursi lagi bagus".
Walaupun anda sedang haid anda masih boleh berwuduk kerana hukumnya sunat, bukan haram. Jadi tak salah. Jika mulut anda susah untuk mengeluarkan suara, jangan takut. Ingat, dalam Al-Quran ada kata kita semua ada dua mulut, mulut lagi satu berada didalam hati. Jika ketika itu anda merasakan seperti ada sesuatu objek yang berat menindih anda, pejamkan mata lalu berselawat dan membaca 3Qul atau baca Ayat Kursi. Insyallah, gangguan itu akan hilang.




Saya bukan lah pandai sangat dalam hal hal macam ni, saya mengaku saya tidak berpengalaman merasai fenomena ini, tapi istilah "DIKACAU SYAITAN/JIN/MAKHLUK HALUS" itu kita boleh ikhtiarkan sendiri. Cuma yakin pada diri. Dan perlu tahu asas ilmu keagamaan ini. Penting!, sangat penting!. Saya mendapat tips atau amalan ketika sebelum tidur daripada Abu Zulfiqar Amsyari, baca ni. 




* Berwudhuk (sekiranya selepas itu terbatal, tak mengapa tapi jika dapat dikekalkan sehingga      lena adalah lebih baik).
* Sebelum meletakkan tubuh ke tempat tidur, sapu sekali lalu dengan tangan ataupun kain            sambil membaca Bismillah (atau apa-apa zikir. Amalan ini sebagai mengikut sunnah Nabi,        dan mengelakkan daripada kita tertindih makhluk2 halus yang mungkin sedang berehat di          pembaringan kita.
* Baca 2 kalimah syahadah, selawat ke atas Nabi, Al Fatihah dan Ayat Kursi (sekadar saranan)
* AMALAN YANG JANGAN DITINGGALKAN - Tadah tangan macam berdoa, baca 3 Qul,          hembus ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan. Ulangi 3 kali. Dengan izin Allah, amalan    3 Qul ini sudah cukup untuk mengelakkan daripada ditindih.
* Mulakan berbaring dengan mengereng ke sebelah kanan terlebih dahulu (mengikut sunnah        Nabi). Jika selepas itu mahu diubah kedudukan, tidak mengapa.
* Sebelum lena, fikirkan perkara yang baik-baik. Jika dapat berterusan berzikir sehingga lena      lebih bagus. 



tawassalna bi bismillah
wa bil hadi rasulillah [2x]
wa kulli 'arifin billah
wa ahlillahi ya allah [2x]


ya allah
syumu silhuda
shuyukhil waraa
nujuu min nada [2x]
bihinnas lahu min kulli aza
bi qadrillahi ya allah 


Okay, sesiapa yang pernah kene fenomena ni, confirm sekarang tertanya tanya, aku ni SLEEP PARALYSIS ke atau betul betul KENE TINDIH?, haha , saya tak dapat nak jawab. Setiap individu adalah berlainan. Bagi saya sains dan keilmuan agama adalah fakta yang sering kita gunakan sehingga kini, tapi mana satu yang betul?. Ingat, "kita tidak boleh selalu belajar melalui bukti. Kita harus belajar dari punca". **korang ada perasan tak, apabila sains mengkaji sesuatu keajaiban Allah, sure jawapan nya mengarut, betul?. 

No comments: