Click here for Myspace Layouts

Pembaca Setia ^^

Friday, 21 December 2012

Boleh Ke Tidak??

Assalamualaikum..saya tertarik dengan persoalan sorang hamba Allah ni. and saya pn pnah terconfuse (ewah!) ttg psoalan ni..

Boleh ke tidak sekiranya seseorang itu terlewat sikit bangun untuk menunaikan fardhu Subuh, tetapi masih di dalam waktu subuh. Selepas dia mandi dan berwudhu', waktu syuruk pula telah tiba. Kita telah diharamkan untuk bersolat semasa syuruk. Jadi dalam situasi tersebut, bagaimana sesorang itu hendak solat Subuh? Adakah dia harus menunggu habisnya syuruk? Dan berapa lama kah harus dia tunggu sehingga dia dapat menunaikan solat fardhu Subuh yang terlepas tadi? 

Pak ustaz plak nk jawab ye...

Secara ringkas, kelewatan disebabkan lupa atau tidur, membolehkan solat subuh dilakukan diwaktu yang terlarang menurut pandangan jumhur ulama'. Dalilnya diambil dari hadith Nabi saw :-

مَنْ نَامَ عَنْ صَلاةً أَوْ نَسِيَهَا فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا

"Barangsiapa yang tidur dan tertinggal solat atau terlupa, maka hendaklah ia solat apabila teringat" - [Riwayat al-Bukhaari #597, Muslim #684].

Jelas menunjukkan agama Islam tidak membebankan umatnya keatas perkara yang diluar kawalannya, seperti didalam kes ini ialah Lupa dan Tidur. Waktu larangan solat ini hanya diapplikasi kepada Solat-Solat yang tidak ada sebab yang mendatang.kelewatan bersolat disebabkan terlambat bangun, walaupun semasa baru bangun masa sebenar solat masih ada tetapi telah hampir penghujung, maka bolehlah dilakukan solat subuh dengan kadar yang segera tanpa melengahkan masa dan tidak perlu menunggu sampai waktu syuruq habis. 

Alhamdulillah.. dah terjawab soalan yang dh lama mengusik jiwa  ni.. amboi.
salam jumaat, sayang2.. :)

No comments: