Click here for Myspace Layouts

Pembaca Setia ^^

Wednesday, 21 September 2011

ingat nie!!!

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri...

Thursday, 8 September 2011

muslimah o muslimah.


Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,...
dihempap berkecai.
Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.
Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.
Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan apapun,
biar orang kenal, dia orang ISLAM.
Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian daripada iman...

CaNTik WaNitA kERaNa KeJeRNiHaN WaJaH,
MaNiS WaNitA kERaNa sENyuMaN yANg iNdaH,
AyU WaNitA kERaNa keSeDeRHaNaaN LaHiRiaH,
HeBaT WaNitA kERaNa KeiMaNaN kePaDa ALLAH!

Wednesday, 7 September 2011

Hanya mrancang..

Allah adalah sebaik-baik medium antara aku dan dia
bukan sms, bukan ym, bukan fb, bukan kerapnya berbalas mesej bukan dengan panggilan telefon.
cukuplah Allah sebagai medium antara aku dan dia
jika rindu, ku adukan padaNya
jika risau, ku adukan padaNya
jika sayang, ku adukan padaNya

siapa yang lebih mengetahui tentang diriku dan dia melainkan Allah?
hanya DIA yang mengetahui apa yang diriku suka, apa yang diriku lemah.
hanya DIA yang mengetahui segalanya tentang dia.

jika benar cinta pada pasangan kita, belajarlah mencintai Allah dengan setulusnya.
moga Allah kan pertemukan dengan pasangan yang membawa kita semakin hampir kepadaNya.

jangan murahkan cinta suci dengan teknologi masa kini.
jangan memagari dosa pada satu hubungan yang tak pasti.

wahai muslimin.
jika dirimu belum bersedia menjadi imam, jangan sesekali memberi harapan pada muslimah yang mungkin mengharapkanmu.

wahai muslimah
jangan sesekali menjatuhkan martabatmu dengan mudahnya dirimu menyerah diri kepada muslimin yang belum tentu akan menjadi suamimu.

penuhilah diri dengan ilmu,
moga dengan ilmu yang dirimu ada
dapat meningkatkan kesabaranmu dalam melalui bahtera rumah tangga yang
dibina